Kelebihan Dan Keburukan Rawatan IVF Di Malaysia

February 25, 2021 Off By alltheme

Soalan yang sering diajukan mengenai rawatan kesuburan adalah, apa itu IVF? IVF bermaksud in vitro fertilization, iaitu satu rawatan kesuburan di mana telur akan disenyawakan di luar rahim. ‘In vitro’ merujuk kepada bekas kaca yang digunakan untuk proses persenyawaan telur yang biasanya dilakukan di dalam makmal.

Pada suatu masa, teknologi rawatan IVF juga dikenali sebagai ‘bayi tabung uji’. Rawatan IVF telah mencatat kejayaan pertama di dunia pada tahun 1978 dan merupakan salah satu rawatan kesuburan yang paling terkenal di Malaysia pada masa kini.

rawatan kesuburan

Bagaimanakah Rawatan IVF Bermanfaat Bagi Anda?

Proses IVF berjaya boleh memberi peluang yang lebih tinggi kepada wanita yang mengalami masalah-masalah berkaitan kesuburan untuk mengandung. Rawatan IVF amat disarankan bagi pasangan yang mengalami keadaan seperti berikut:

  • Wanita yang mempunyai masalah di mana tiub falopio tersumbat atau rosak.
  • Wanita yang bermasalah fibroid, PCOS, ataupun endometriosis.
  • Lelaki yang mempunyai masalah pada sperma.
  • Jika anda pernah mengambil ubat-ubatan kesuburan seperti clomiphene namun masih tidak berjaya.
  • Jika anda pernah mengalami rawatan kesuburan permanian beradas atau IUI (intra uterine insemination) tetapi masih gagal.
  • Jika anda telahpun mencuba untuk hamil tetapi tidak berjaya selepas 2 tahun dan doktor masih tidak menjumpai sebarang punca mengapa tidak boleh hamil.

ivf proses

Jika anda pernah mengalami masalah-masalah kesuburan tersebut, anda disyorkan untuk melawat klinik rawatan kesuburan yang paling terdekat. Ia juga disarankan untuk mengetahui beberapa tips IVF seperti kelebihan dan keburukan IVF sebelum membuat keputusan untuk mendapat rawatan IVF.

Kelebihan IVF

Mengikut pengalaman IVF, kebanyakan kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah IVF tidak mengalami masalah kesihatan jangka Panjang.

Rawatan IVF juga dapat menawarkan peluang untuk pasangan yang ingin menimang cahaya mata jika pasangan tidak dapat hamil secara semula jadi. Selalunya, pasangan yang mengalami masalah kemandulan cenderung memilih rawatan IVF kerana kadar kejayaan rawatan IVF amat menyakinkan.

ivf malaysia

Keburukan IVF

Walapun IVF telah berjaya melahirkan beribu-ribu bayi di seluruh dunia, IVF juga mungkin akan meningkatkan risiko sesetengah komplikasi. Antara keburukan IVF adalah peningkatan risiko kehamilan di luar rahim yang boleh menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa dan memerlukan rawatan perubahan dengan segera.

Kehamilan luar rahim biasanya berlaku apabila embrio melekat dalam tiub falopio atau dalam ruang abdomen. Hal ini lebih berkemungkinan jika pasangan wanita pernah mengalami masalah yang melibatkan tiub falopio.

Anda juga akan mengalami beberapa kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat kesuburan. Kesan sampingan biasanya ringan sahaja dan termasuk hangat memerah, sakit kepala, rasa pening, mual, panas badan dan loya. Klinik rawatan kesuburan akan memantau situasi anda dengan teliti untuk mengesan sebarang tanda-tanda sindrom hiperstimulasi ovari (OHSS) yang akan menganggu kitaran rawatan anda.

Selain itu, anda juga akan mengalami risiko melahirkan bayi dengan kecacatan jika anda hamil melalui kaedah IVF. Walau bagaimanapun, masalah ini jarang berlaku dan risiko bayi dilahir dengan kecacatan akibat daripada rawatan IVF adalah amat rendah.

Oleh itu, banyak kajian masih diperlukan untuk mengenal pasti kaitan rawatan kesuburan dengan kecacatan semasa lahir.

Jangka Masa dan Harga Rawatan IVF

Satu kitaran IVF mengambil jangka masa di antara empat hingga enam minggu. Anda akan meluangkan kebanyakan masa di klinik rawatan kesuburan untuk prosedur-prosedur penting seperti pengeluaran telur dan persenyawaan.

Kos rawatan atau harga IVF di Malaysia bermula dari RM 5,000 hingga RM 20,000 bergantung pada tempat yang anda mendapatkan rawatan kesuburan tersebut. Kos di hospital kerajaan adalah amat rendah berbanding kepada kos di perkhidmatan swasta.

Pihak kerajaan telah memberi subsidi untuk ubat-ubatan kesuburan. Walau bagainmanpun, pesakit terpaksa menunggu giliran mereka. Purata waktu menunggu untuk rawatan IVF di hospital kerajaan adalah setahun.